Tuesday, February 24, 2009

Sejarah dalam hidupku.....




Buat kali pertama aku mengandung anak pertamaku.....terasa lain benar kehidupan aku sejak bergelar isteri dan bakaL menjadi seorang ibu...hhehehhe ada gaya cam mak-mak tak.... Baru ku tahu seorang ibu yang mengandungkan anaknya bukannya mudah seperti yg di ceritakan tetapi banyak pengorbanan yang perlu dilakukan demi masa depan yang aman dan damai....keluarga bahagialah katakan....

Cahaya mata ku yang pertama

lepas mandi nak tidur lah tu...
suamiku tengah pegang uri yang nak kena tanam.....
Dr. yang rawat Alif...
Comelnya dia....pakai warna biru lagi....
Sedapnya dia tidur....


Akhirnya.......dia muncul ke dunia ini dengan hati yang gumbira, senyuman dan satu tangisan yang bermakna dalam hidup aku dan suamiku.... Terasa macam satu sinar baru muncul dalam keluarga kami.

Sudah hampir tiga hari aku asyik dikejarkan ke Hospital Serdang untuk membuat check up untuk bersalin tetapi setiap kali pergi mesti hampa jawapannya kerana aku masih belum nak bersalin lagi......hari terakhir, balik dari Hospital Serdang pada 13 Febuari 2009 jam 3.00 petang. Tapi masa itu bukaan baru 3 cm sahaja....kena tunggu lagi. Malang sekali hospital pada masa itu penuh ramai pulak yang nak bersalin. hehhehe takut beb....macam-macam perasaan pon adaaaa..... hanya tuhan aje yang tahu isi hati ku ini.....

Sekali lagi aku dikejarkan ke hospital...kali ni betul-betul punya tak tipuuuuuu.......Alamak tak sempat nak kembali semula ke Hospital Serdang, yang mengambil masa setengah jam jugaklah untuk sampai....aku hanya ingat baby aku dah nak keluar pada masa itu sooooooooo..........Kami membuat keputusan untuk bersalin di hospital yang terdekat iaitu KPMC, tempat yang aku selalu buat check-up baby setiap bulan.

Nampaknya seorang lagi penghuni rumah No 13, Jalan 13, Taman Bukit Kuchai, Kinrara akan bertambah. kuek..kuek...kuek...Tepat jam 10.35 malam, seorang jejaka cilik 3.5 kilo dan 50 cm ketinggiannya di lahirkan pada 13 February 2009 di sebuah hospital swasta KPMC, kira-kira 10 minit sahaja dari rumah. Selama 1 jam 30 minit jugak lah aku di dalam labour room menahan sakit. Akhirnya.......saat yang di nanti baby ku muncul...lega rasanya... tapi bertarung nyawa jugalah pada masa itu.

Aku bersalin secara normal.....sakit juga rasanya. Nasib baik Dr. yang bertugas masa tu Dr yang selalu aku buat check-up iaitu Dr. Kamhusaini. Nama anak kami Alif Amsyar bin Aizan.

Tepat jam 2.30 petang, sabtu 14 Febuari 2009 aku dibenarkan balik ke rumah....ahhhhh lega rasanya dapat balik rumah, perasaan takut semuanya lenyap begitu saja lepas baby keluar. Nasib baiklah ada si syikin, kak miza, siti (adik aku) yang datang tolong angkut barang-barang aku naik ke kereta kira jadi ascord aku sampai ke rumah le apa lagi.......thanks beb.....klo tak de mereka susah jugak aku.....