Tuesday, September 1, 2009

Merdeka di bulan puasa

KATA keramat, Merdeka! dilaungkan penuh semangat. Pada hari istimewa ini, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum meraikan detik penuh bersejarah, Hari Kemerdekaan Negara Ke-52.

Tiada yang lebih bermakna selain rakyat memperoleh nikmat daripada kebebasan dan kemajuan sosio ekonomi negara yang sudah melepasi usia separuh abad ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana di lahirkan di bumi MALAYSIA yang aman dan damai.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Detik ini...,
Pada tanggal 31 Ogos,
Berulang lagi, menjelma lagi,
Negara ku Merdeka.
Dalam keriangan ini,
Kenangilah jasa parajurit,
Jasa pejuang kemerdekaan,
Yang tidak kenal erti kekecewaan.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Aku bangga mengibarkan jalur gemilang,
Aku bangga kereta Nasional melucur di jalan raya,
Akulah pengisi kemerdekaan ini,
Demi generasi akan datang.

Semoga negaraku sentiasa berdaulat,
Gemilang dan Terbilang,
Akulah anak Malaysia.






Terasa pelik aje..... menyambut hari merdeka di bulan puasa ini, tapi nak buat macam mana, hari merdeka tahun ini jatuh pada bulan puasa, jadi sama-samalah kita memperingatnya.

Dahulu, semasa zaman kegemilangan, rajin juga aku ikut abang & kakak ipar pergi melihat perarakan sambutan Hari Kemerdekaan di adakan. Setiap kali merdeka mesti ada aje muka aku di antara ramai-ramai rakyat Malaysia yang menyaksikan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan. Tapi itu dulu lah...sekarang ni sejak dah berumahtangga ni, kerajinan nak pergi tu dah berkurangan le pulak...tapi apa-apa hal aku setia mengingat Kemerdekaan Negara kita dan melihatnya melalui TV ajelah..

Di samping berehat-rehat di hujung minggu di tambahnya dengan cuti merdeka jadilah cuti sebanyak 3 hari, nak pergi berjalan-jalan terasa letih le pulak dalam bulan puasa ni, duduk di rumah sahajalah di samping itu terfikir nak masak apa untuk juadah buka puasa.

Masa cuti beginilah kerajinan aku muncul untuk mencuba pelbagai resepi yang menarik. Al maklumlah aku ni bukan terer sangat memasak, kalau ikut resepi insyaAllah jadi jugak.....kira boleh dimakan lah...

Antara lauk yang aku masak ialah nasi tomato, ayam masak merah, ayam masak lemak cili padi besama kacang panjang, kerabu ulam campuran, buah-buahan dan ada juga yang dibeli dari bazar Ramadhan Kelana Jaya sebagai tambahan juadah....

pop corn Kelana Jaya..terasa cam tengok wayang le pulak makan pop corn..adik aku beli...so aku makan aje lah....
Buah betik yang di tanam oleh mak aku......semasa pulang dari kampung tu hari aku ada membawa buah betik mentah so sekarang dah masak .....ngum...ngum...time merdeka le pulak ianya masak....manis gitu.....

ayam masak lemak cili padi bersama kacang panjang...nampak macam menyelerakan....sedap ke tidak agaknya.....

Yang ini mestilah beli...tak reti eden nak membuatnya...... ayam perchik Kelana Jaya...mahal sungguh harganya dulu rm3.00 sekarang dah jejak rm6.00 rupanya...mahal....mahal.....

Kerabu ulam-ulaman (daun pegaga + timun + tauge + tauhu + daun cekur)

ini kali pertama aku masak nasi tomato ikut resepi kakak

acar penchok... letih juga memotong timun & nenas ni...ikut sedap mata memandang aje.....saya sedap udahlah

ayam masak merah bersama serai

sup ayam pon ada......wahhhhhhhhhhh sedapnya...selamat berbuka puasa...