Monday, April 20, 2009

Rumah baru

Last weekend ni aku sekeluarga tidur di rumah baru abang iparku di Puncak Alam. Jauhnya perjalanan, almaklumlah ini kali pertama kami bawa Alif berjalan-jalan semenjak lepas pantang ni. Kebetulan mak mertua dari kampung dan kakak ipar dari Serawak pun datang, saje jer jalan-jalan tengok rumah baru....wah cantik gitu....

Sampai aje di sana, Alif start meragam sebab tak cukup tidur lagi. Ini pula kena kejut ajak berjalan jauh le pulak, terpaksalah cari buaian untuk bagi dia tidur nyenyak. Lepas tu baru lah Alif tidur sepuas hatinya.....Balas dendam nampaknya..hehhehe.
Biar Fikah tolak stroller ni....
Kalau ada sebiji kat rumah pun ok..berminat nampaknya (Tok Janggut)
Shopping sakan di jalan TAR..... Tok Janggut, nenek Edut dan Kak Ani
Ini lah rumah baru Abang Yann



Alif terbaru

tengok apa tu...khusyuk nampaknya...
Alif tengah menghayati suasana petang dalam stroller baru.....
senyaplah sikit..... jangan kacau saya nak tidur dalam buaiyan ni lah....
Macam tidur main-main jerk...
Tidurlah wahai sayangku.. nyenyak gitu...
Tak sama pun.. Ayah Alif...
Sukanya dia ...apa dah jadi






Wednesday, April 8, 2009

Bercukur

kecilnya dia..
mata mengantuk lah ...nak tidur ....
mmm sedapnya susu ni....
hati-hati sikit ayah nanti terkena telinga Alif le pulak...
Alif tak kisah...nak tidur ...nak tidur jugak...

Wednesday, March 4, 2009

Tetamu Yang Hadir

Tepat jam 2.30 petang, sabtu 14 Febuari 2009 aku dibenarkan balik ke rumah....ahhhhh lega rasanya dapat balik rumah, perasaan takut semuanya lenyap begitu saja lepas baby keluar. Nasib baiklah ada si syikin, kak miza, siti (adik aku) yang datang tolong angkut barang-barang aku naik ke kereta kira jadi ascord aku sampai ke rumah le apa lagi.......thanks beb.....klo tak de mereka susah jugak aku.....
Kawan suamiku
Bebudah office Sage Interactive
Abang aku yang kat Semenyih
silaulah alif nak tidur ni....kacau je....
aurrr ......sangap....tutup mulut lalat masuk.....
semua saudara sebelah suamiku....

Tuesday, February 24, 2009

Sejarah dalam hidupku.....




Buat kali pertama aku mengandung anak pertamaku.....terasa lain benar kehidupan aku sejak bergelar isteri dan bakaL menjadi seorang ibu...hhehehhe ada gaya cam mak-mak tak.... Baru ku tahu seorang ibu yang mengandungkan anaknya bukannya mudah seperti yg di ceritakan tetapi banyak pengorbanan yang perlu dilakukan demi masa depan yang aman dan damai....keluarga bahagialah katakan....

Cahaya mata ku yang pertama

lepas mandi nak tidur lah tu...
suamiku tengah pegang uri yang nak kena tanam.....
Dr. yang rawat Alif...
Comelnya dia....pakai warna biru lagi....
Sedapnya dia tidur....


Akhirnya.......dia muncul ke dunia ini dengan hati yang gumbira, senyuman dan satu tangisan yang bermakna dalam hidup aku dan suamiku.... Terasa macam satu sinar baru muncul dalam keluarga kami.

Sudah hampir tiga hari aku asyik dikejarkan ke Hospital Serdang untuk membuat check up untuk bersalin tetapi setiap kali pergi mesti hampa jawapannya kerana aku masih belum nak bersalin lagi......hari terakhir, balik dari Hospital Serdang pada 13 Febuari 2009 jam 3.00 petang. Tapi masa itu bukaan baru 3 cm sahaja....kena tunggu lagi. Malang sekali hospital pada masa itu penuh ramai pulak yang nak bersalin. hehhehe takut beb....macam-macam perasaan pon adaaaa..... hanya tuhan aje yang tahu isi hati ku ini.....

Sekali lagi aku dikejarkan ke hospital...kali ni betul-betul punya tak tipuuuuuu.......Alamak tak sempat nak kembali semula ke Hospital Serdang, yang mengambil masa setengah jam jugaklah untuk sampai....aku hanya ingat baby aku dah nak keluar pada masa itu sooooooooo..........Kami membuat keputusan untuk bersalin di hospital yang terdekat iaitu KPMC, tempat yang aku selalu buat check-up baby setiap bulan.

Nampaknya seorang lagi penghuni rumah No 13, Jalan 13, Taman Bukit Kuchai, Kinrara akan bertambah. kuek..kuek...kuek...Tepat jam 10.35 malam, seorang jejaka cilik 3.5 kilo dan 50 cm ketinggiannya di lahirkan pada 13 February 2009 di sebuah hospital swasta KPMC, kira-kira 10 minit sahaja dari rumah. Selama 1 jam 30 minit jugak lah aku di dalam labour room menahan sakit. Akhirnya.......saat yang di nanti baby ku muncul...lega rasanya... tapi bertarung nyawa jugalah pada masa itu.

Aku bersalin secara normal.....sakit juga rasanya. Nasib baik Dr. yang bertugas masa tu Dr yang selalu aku buat check-up iaitu Dr. Kamhusaini. Nama anak kami Alif Amsyar bin Aizan.

Tepat jam 2.30 petang, sabtu 14 Febuari 2009 aku dibenarkan balik ke rumah....ahhhhh lega rasanya dapat balik rumah, perasaan takut semuanya lenyap begitu saja lepas baby keluar. Nasib baiklah ada si syikin, kak miza, siti (adik aku) yang datang tolong angkut barang-barang aku naik ke kereta kira jadi ascord aku sampai ke rumah le apa lagi.......thanks beb.....klo tak de mereka susah jugak aku.....