Friday, June 12, 2009

Pelangi Semenyih

Inilah anak sulong Ila & Nuar....Isfarullah...comelkan....macam maknya...
Rendahnya saya...bila nak besar ni....Alif .......Nafisya (anak no 2 Ila & Nuar)
Gembira sungguh Alif, ada ramai kawan-kawan...(Nafisya, Is - Ila & Nuar) 
Ini Nurin & Hakim...senyum...
Aduii.....gusi Mia bengkak...tak bleh nak cakap.....senyum ajelah....



Salam.....selamat bertemu kembali......kali ini kami pergi ke Pelagi Semenyih....saje jalan-jalan melawat rumah abang Pijot di sana. Lama rasanya tak ke sana. Pergi sana lepak-lepak aje. Abang dan kakak ramai yang duduk di Pelagi Semenyih. Senang duduk dekat-dekat ni, boleh jumpa selalu. 


Di samping itu bleh lah kami melawat rumah baru Ila & Nuar, khabarnya mereka baru aje pindah rumah baru, rumah mereka satu taman dengan rumah abang Pijot. Selamat berpindah ke rumah baru Ila & Nuar..... Anak kedua Ila namanya Nafisya...hehheehe cam same je namanya. hehheehe...

ooo balik kampung......


Ayam......binatang apa tu....
Tidur le pulak, ayam pon dah masuk reban camne nak tangkap
Garangnya ayam ni....
Lima ekor ayam yang nak di sembelih 
Telur ayam ajaib....




Salam semua, dah lama Pijot tak update blog ni, so ni hari baru berkesempatan nak update cerita. 

Dah lama rasanya tak balik kampung. Best juga bila balik kampung selalu. Balik kampung mestilah tengok mak. Kali ini balik rumah mak Pijot di Kampung Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Inilah kampung ku. Masa di kampung sempat lah kami menjalankan aktiviti menangkap ayam kampung untuk di sembelih...hehhehe mak pijot yng bela lah.....BEST punya....

Friday, May 15, 2009

Jalan-jalan cari angin

Jom! siapa nak ikut........ abang rif nak pergi jalan-jalan.....pegang kuat-kuat
mana boleh naik bertiga...nanti kena saman siapa nak bayar....
papa tak layan fael le pulak...tak boleh jadi ni.....nak jugak...
mmmm nak sikit.....lapar le pulak...
nak lah sikit..makan sorang aje.....



Salam,

Hari minggu yang membosankan, tak tau mana nak pergi jadi, kami pergi lah ke rumah abang Pijot di Puncak Jalil, saje je jalan-jalan makan angin bawa si kecik Alif tu.


Kak Pah Wedding

Cantik.... kek pengantin....
Alif nak tengok pengantin lah.....tapi ayah paksa bergambar le pula...layan...
Chehhhh.....senyum maut punya....
Eh...mana hadiah untuk kami....
Kami bersama pengantin baru....cukup secocok gitu....semoga bahagia...


Salam,

Selamat pengantin baru Kak Pah pada 9 Mei 09 yang lalu. Pijot dan keluarga di jemput ke majlis perkahwinan Kak Pah di Nilai 3. Kami pergi convoi sebanyak 2 buah kereta aje, Syikin dan Zila (UNITAR) 1 kereta dan Pijot sekeluarga 1 kereta. Eila pula janji jumpa di majlis.

Kami tiba awal le pulak dalam pukul 12, tengok-tengok tak ramai yang dah sampai cuma sedara-mara Kak Pah aje. Dengan selamber, kami semua redah masuk ke majlis tersebut....hehehee....nasib baik di jemput......


Monday, April 20, 2009

Rumah baru

Last weekend ni aku sekeluarga tidur di rumah baru abang iparku di Puncak Alam. Jauhnya perjalanan, almaklumlah ini kali pertama kami bawa Alif berjalan-jalan semenjak lepas pantang ni. Kebetulan mak mertua dari kampung dan kakak ipar dari Serawak pun datang, saje jer jalan-jalan tengok rumah baru....wah cantik gitu....

Sampai aje di sana, Alif start meragam sebab tak cukup tidur lagi. Ini pula kena kejut ajak berjalan jauh le pulak, terpaksalah cari buaian untuk bagi dia tidur nyenyak. Lepas tu baru lah Alif tidur sepuas hatinya.....Balas dendam nampaknya..hehhehe.
Biar Fikah tolak stroller ni....
Kalau ada sebiji kat rumah pun ok..berminat nampaknya (Tok Janggut)
Shopping sakan di jalan TAR..... Tok Janggut, nenek Edut dan Kak Ani
Ini lah rumah baru Abang Yann



Alif terbaru

tengok apa tu...khusyuk nampaknya...
Alif tengah menghayati suasana petang dalam stroller baru.....
senyaplah sikit..... jangan kacau saya nak tidur dalam buaiyan ni lah....
Macam tidur main-main jerk...
Tidurlah wahai sayangku.. nyenyak gitu...
Tak sama pun.. Ayah Alif...
Sukanya dia ...apa dah jadi






Wednesday, April 8, 2009

Bercukur

kecilnya dia..
mata mengantuk lah ...nak tidur ....
mmm sedapnya susu ni....
hati-hati sikit ayah nanti terkena telinga Alif le pulak...
Alif tak kisah...nak tidur ...nak tidur jugak...

Wednesday, March 4, 2009

Tetamu Yang Hadir

Tepat jam 2.30 petang, sabtu 14 Febuari 2009 aku dibenarkan balik ke rumah....ahhhhh lega rasanya dapat balik rumah, perasaan takut semuanya lenyap begitu saja lepas baby keluar. Nasib baiklah ada si syikin, kak miza, siti (adik aku) yang datang tolong angkut barang-barang aku naik ke kereta kira jadi ascord aku sampai ke rumah le apa lagi.......thanks beb.....klo tak de mereka susah jugak aku.....
Kawan suamiku
Bebudah office Sage Interactive
Abang aku yang kat Semenyih
silaulah alif nak tidur ni....kacau je....
aurrr ......sangap....tutup mulut lalat masuk.....
semua saudara sebelah suamiku....

Tuesday, February 24, 2009

Sejarah dalam hidupku.....




Buat kali pertama aku mengandung anak pertamaku.....terasa lain benar kehidupan aku sejak bergelar isteri dan bakaL menjadi seorang ibu...hhehehhe ada gaya cam mak-mak tak.... Baru ku tahu seorang ibu yang mengandungkan anaknya bukannya mudah seperti yg di ceritakan tetapi banyak pengorbanan yang perlu dilakukan demi masa depan yang aman dan damai....keluarga bahagialah katakan....

Cahaya mata ku yang pertama

lepas mandi nak tidur lah tu...
suamiku tengah pegang uri yang nak kena tanam.....
Dr. yang rawat Alif...
Comelnya dia....pakai warna biru lagi....
Sedapnya dia tidur....


Akhirnya.......dia muncul ke dunia ini dengan hati yang gumbira, senyuman dan satu tangisan yang bermakna dalam hidup aku dan suamiku.... Terasa macam satu sinar baru muncul dalam keluarga kami.

Sudah hampir tiga hari aku asyik dikejarkan ke Hospital Serdang untuk membuat check up untuk bersalin tetapi setiap kali pergi mesti hampa jawapannya kerana aku masih belum nak bersalin lagi......hari terakhir, balik dari Hospital Serdang pada 13 Febuari 2009 jam 3.00 petang. Tapi masa itu bukaan baru 3 cm sahaja....kena tunggu lagi. Malang sekali hospital pada masa itu penuh ramai pulak yang nak bersalin. hehhehe takut beb....macam-macam perasaan pon adaaaa..... hanya tuhan aje yang tahu isi hati ku ini.....

Sekali lagi aku dikejarkan ke hospital...kali ni betul-betul punya tak tipuuuuuu.......Alamak tak sempat nak kembali semula ke Hospital Serdang, yang mengambil masa setengah jam jugaklah untuk sampai....aku hanya ingat baby aku dah nak keluar pada masa itu sooooooooo..........Kami membuat keputusan untuk bersalin di hospital yang terdekat iaitu KPMC, tempat yang aku selalu buat check-up baby setiap bulan.

Nampaknya seorang lagi penghuni rumah No 13, Jalan 13, Taman Bukit Kuchai, Kinrara akan bertambah. kuek..kuek...kuek...Tepat jam 10.35 malam, seorang jejaka cilik 3.5 kilo dan 50 cm ketinggiannya di lahirkan pada 13 February 2009 di sebuah hospital swasta KPMC, kira-kira 10 minit sahaja dari rumah. Selama 1 jam 30 minit jugak lah aku di dalam labour room menahan sakit. Akhirnya.......saat yang di nanti baby ku muncul...lega rasanya... tapi bertarung nyawa jugalah pada masa itu.

Aku bersalin secara normal.....sakit juga rasanya. Nasib baik Dr. yang bertugas masa tu Dr yang selalu aku buat check-up iaitu Dr. Kamhusaini. Nama anak kami Alif Amsyar bin Aizan.

Tepat jam 2.30 petang, sabtu 14 Febuari 2009 aku dibenarkan balik ke rumah....ahhhhh lega rasanya dapat balik rumah, perasaan takut semuanya lenyap begitu saja lepas baby keluar. Nasib baiklah ada si syikin, kak miza, siti (adik aku) yang datang tolong angkut barang-barang aku naik ke kereta kira jadi ascord aku sampai ke rumah le apa lagi.......thanks beb.....klo tak de mereka susah jugak aku.....