Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan Almubarak

Salams, for sharing..... ......

Selamat menyambut Ramadhan Almubarak....pejam- celik...pejam- celik dah hari ke tiga kita menyambut Ramadhan....semoga tahun ini cukup sebulan berpuasa....


Tazkirah pagi

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu, etc), InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ....insyallah

- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM (kata Azmil Mustapha)...

Mari kita cuba. Allahhuakhbar.............Insya Allah

No comments: