
Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Merdeka di bulan puasa
Tiada yang lebih bermakna selain rakyat memperoleh nikmat daripada kebebasan dan kemajuan sosio ekonomi negara yang sudah melepasi usia separuh abad ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana di lahirkan di bumi MALAYSIA yang aman dan damai.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!.
Detik ini...,
Pada tanggal 31 Ogos,
Berulang lagi, menjelma lagi,
Negara ku Merdeka.
Dalam keriangan ini,
Kenangilah jasa parajurit,
Jasa pejuang kemerdekaan,
Yang tidak kenal erti kekecewaan.
Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Aku bangga mengibarkan jalur gemilang,
Aku bangga kereta Nasional melucur di jalan raya,
Akulah pengisi kemerdekaan ini,
Demi generasi akan datang.
Semoga negaraku sentiasa berdaulat,
Gemilang dan Terbilang,
Akulah anak Malaysia.

Terasa pelik aje..... menyambut hari merdeka di bulan puasa ini, tapi nak buat macam mana, hari merdeka tahun ini jatuh pada bulan puasa, jadi sama-samalah kita memperingatnya.
Dahulu, semasa zaman kegemilangan, rajin juga aku ikut abang & kakak ipar pergi melihat perarakan sambutan Hari Kemerdekaan di adakan. Setiap kali merdeka mesti ada aje muka aku di antara ramai-ramai rakyat Malaysia yang menyaksikan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan. Tapi itu dulu lah...sekarang ni sejak dah berumahtangga ni, kerajinan nak pergi tu dah berkurangan le pulak...tapi apa-apa hal aku setia mengingat Kemerdekaan Negara kita dan melihatnya melalui TV ajelah..
Di samping berehat-rehat di hujung minggu di tambahnya dengan cuti merdeka jadilah cuti sebanyak 3 hari, nak pergi berjalan-jalan terasa letih le pulak dalam bulan puasa ni, duduk di rumah sahajalah di samping itu terfikir nak masak apa untuk juadah buka puasa.
Masa cuti beginilah kerajinan aku muncul untuk mencuba pelbagai resepi yang menarik. Al maklumlah aku ni bukan terer sangat memasak, kalau ikut resepi insyaAllah jadi jugak.....kira boleh dimakan lah...
Antara lauk yang aku masak ialah nasi tomato, ayam masak merah, ayam masak lemak cili padi besama kacang panjang, kerabu ulam campuran, buah-buahan dan ada juga yang dibeli dari bazar Ramadhan Kelana Jaya sebagai tambahan juadah....
pop corn Kelana Jaya..terasa cam tengok wayang le pulak makan pop corn..adik aku beli...so aku makan aje lah....
Buah betik yang di tanam oleh mak aku......semasa pulang dari kampung tu hari aku ada membawa buah betik mentah so sekarang dah masak .....ngum...ngum...time merdeka le pulak ianya masak....manis gitu.....
ayam masak lemak cili padi bersama kacang panjang...nampak macam menyelerakan....sedap ke tidak agaknya.....
Yang ini mestilah beli...tak reti eden nak membuatnya...... ayam perchik Kelana Jaya...mahal sungguh harganya dulu rm3.00 sekarang dah jejak rm6.00 rupanya...mahal....mahal.....
Kerabu ulam-ulaman (daun pegaga + timun + tauge + tauhu + daun cekur)
ini kali pertama aku masak nasi tomato ikut resepi kakak
acar penchok... letih juga memotong timun & nenas ni...ikut sedap mata memandang aje.....saya sedap udahlahMonday, August 24, 2009
Salam Ramadhan Almubarak
Selamat menyambut Ramadhan Almubarak....pejam- celik...pejam- celik dah hari ke tiga kita menyambut Ramadhan....semoga tahun ini cukup sebulan berpuasa....
Tazkirah pagi
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu, etc), InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ....insyallah
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM (kata Azmil Mustapha)...
Mari kita cuba. Allahhuakhbar.............Insya Allah
Thursday, August 20, 2009
Rombongan Cik Nuz
Terima kasih ekkk kawan-kawan kerana bagi Alif baju melayu...warna hijau lagi....cam tau-tau aje aku ni suka warna hijau.....tapi baju tu boleh di pakai selepas umur Alif 1 tahun la...sebab besar sedikit.....sempatlah mereka ni berposing maut sekejap.....contoh-contoh bakal menjadi ibu misali.....
Gaya sebelum mandi
Alif makan nestum
Mula-mula cuba letak dalam botol susu tapi dia macam tak mau minum aje.....rupanya dia mahu di suap seperti orang besar aje....
Sebenarnya Alif tidak berapa sihat...dia demam, batuk & selsema....dah pergi klinik tapi masih belum betul-betul sihat.....demam nak membesar agaknya.....
Bergaya dengan worker baru
RIUH SANA SINI...Aznil & Din Beramboi....
ceh.....berangan jerk..ingat senang ke nak menang....nasib tak menyebelahi, aku tak menang pon....sebab susah sangat talian asik busy memanjang aje, ramai sangat yang menelifon era.fm....
Kalau nak tau penjaga klon yang aku jumpa ni office mate aku jerk...tu yang senang aku bergambar dengan penjaga klon Aznil & Din Beramboi. Kebetulan tema pada hari tersebut ialah kena bergambar di pam stesen. Jadi kami pun bergambar lah di pam stesen Kinrara...hehhehehe sebelah umah jek......sempatlah aku ambil Alif dan gambo bersama. Ingatkan nak posing maut tapi tak leh arrr.... sebab kena dukung Alif....so menyebuk kat sebelah ajelah yang penting ada muka aku.... Ini lah cerita sebenar-benarnya......
Wednesday, August 19, 2009
Penceroboh tanaman
ulat..... oh ulat.... kenapa kau makan daun, macam mana aku tak makan, ini makanan kegemaran aku.... makanlah wahai ulat sampai buncit perut kau.....cissss....
Jaja Kawin
Ada aje muka-muka mereka ni...di mana sahaja
siap ade banner lagi...cayalah .....
wah..kek ...cam sedap aje...nak sikit...
siapa nak kek mari sini cepat....sementara masih ada...lambat habis
terasa cam dalam UNITAR aje....sebab yang datang semunya kawan-kawan dari UNITAR
korang dah lah nama sama ...AZMAN... gambar pon nak sama-sama....bin sama ke?...
udah-udah lah tu....balik lah...rimas pengantin asyik ajak bergambo aje...
Alif menagis sebab semua serbu dia....
pinjam anak kejap.... nak bergambar sakan





ceh...berjaya akhirnya
























